BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 1, 2010

zaman kecil

masa kecik-kecik dulu, 3 tahun kot umur.
saya pernah kena bronchitis.
iaitu penyakit dada ye rakan-rakan.
jika tidak dirawat dengan kadar segera, mungkin boleh menyebabkan lelah.

maka, doktor menasihatkan agar saya dia tempatkan di hospital bg mendapat rawatan dan jagaan sempurna.
masih ingat lagi...
masuk hospital, ada kakak dan mama teman saya di hospital itu.
hospital pantai di bangsar, tempat kelahiran saya.
saya dan kakak akan main masak2 tiap2 hari sambil tgk tommy n jerry yg dipasang oleh jururawat.
kadang2 mereka pon turut bermain bersama.

tiap2 petang akan ada seorang jururawat yg akan datang ke bilik saya.
saya di minta utk baring di atas perut.
kemudian, jururawat itu akan tepuk2 belakang saya.
lepas shj sesi tepuk2, mesti dpt gula. :D

mungkin sehingga kini,
saya senang utk dpt batuk.
kalau batuk pon mesti yg jenis kering.
PERITTTTTTTTTT.
sampai org2 akan tegur.

contoh,
luqman: batuk elok2 la sikit. takut i dgr mcm nak terkeluar anak tekak.
ayah: batuk kuat sgt. kesian dgr.

haih,
penat.

No comments:

Post a Comment